4 Tempat Makan Kambing Bakar TERBAIK Sekitar Lembah Klang !

4 Tempat Makan Kambing Bakar Dipercayai TERBAIK Sekitar Lembah Klang !

 

 

Ini tempat makan Kambing Bakar yang dipercayai TERBAIK sekitar lembah Klang buat masa ini !

  1. Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Dahulu nya Restoran ini berada di sekitar Meru , Jalan Khamis , Meru klang dimana dikenali dengan nama Kambing Bakar SAHARA tapi sekarang dah berpindah ke Setia Alam

Cukup POPULAR kambing Bakar dia ni  masa wujud kat Meru dulu , orang luar dari jauh jauh pun datang , dengar je nama Sahara , orang dah kenal dah

 

Waktu tengahari kalau lalu je kedai makan dia ni , tak pernah tak kosong , ada je bertimbun timbun orang datang macam ada kenduri kahwin restoran tu dibuatnya , malam apetah lagi , sarat dengan pelanggan , fuh dashat Kambing Bakar Sahara ni punya PENANGAN !

Dengar cerita sekitar tahun 2016 gitulah , ini cerita orang lah , tak tau lah rekaan ke fakta ke tapi ini ceria orang tau , kira rumours la , desas desus ada juga orang orang sekeliling kata Restoran ni dahulunya pernah ada guna “pelaris”

Dia punya kontroversi sampai tersebar ke whatsapp , siap kat mesej tu kata ada orang pernah nampak “benda” kat atas bumbung restoran tu , wallahualam ..

(Tapi ramai orang berpandangan itu semua fitnah disebabkan HASAD DENGKI)

 

Tapi apapun rata rata yang dah try makan Kambing Bakar Sahara ni memang TERBAIK beb cumanya kesabaran level level tahap DEWA diperlukan disini , sebab  kalau korang datang tak kena masa , memang kena tahan lapar lama sikit dan kena hadap sikit lah “kelembapan” kambing bakar korang tu nak sampai

Waktu malam , Restoran ni konfirm konfirm PENUH .. SERIUSSS…huhu (Ini info daripada orang ramai yang pernah datanglah )

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara,
40170 Shah Alam, Selangor

Dibuka 10am-11pm

 

2. D’boss Kambing Bakar Berapi

 

Baru baru ni ada member bagitau Kambing Bakar kat sini boleh tahan sedap jugak , yelah kedai ni dulu depan rumah dia je , memang hari hari lah dia makan kan ..hehe

Restoran ni dulunya ada kat Meru tapi sekarang dah berpindah ke Setia Alam

Dengar cerita kat sini dibakar dengan cara yang unik!

Sambal kicap dia tu agak special sikit lain macam orang kata

Tempat sekarang

Restoran Niarasa
No.45 Jalan Setia Gemilang BG U13/BG
Setia Alam 40170 Shah Alam Selangor

Dibuka 7am – 2am

 

3. Nasi kukus Sotong Besar (Klang)

Restoran ni pernah di REVIEW oleh salah satu channel popular kat media sosial , perghh kalau tengok brader tu makan nasi kerabu + Kambing Bakar dia , memang TERLIUR gila , rasa macam nak gerak sekarang je ..

Bukan Kambing Bakar je ada dekat sini , ada juga menu-menu lain antaranya nasi kukus sotong besar, nasi kerabu, mee celup, sup tulang dan banyak lagi.

Kira restoran ni dah jadi ‘port’ untuk orang Klang balik kerja yang SANGAP nak pekena kambing bakar lah

Dia punya KUAH tu , dikatakan bukan sekadar lada hitam , dia ada rasa lain daripada yang lain ada manis manis pedas manja gitu ..hehe

No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1b/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre,
Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Dibuka 12pm – 10.45 pm

 

4. Selera Pak Wan Ikan Bakar

Ini LEGEND !

Sebab apa dikatakan legend ?

Sebab restoran ni telah beroperasi selama 11 tahun dan terkenal dengan ikan bakar dan Kambing Bakar nya yang boleh dikategorikan POWER jugak lah .


YANG BEST ialah owner dia Pak Wan akan hidangkan sepinggan kambing bakar
secara PERCUMA kepada pelanggan yang datang dalam kumpulan pada hari Jumaat! FUH …

Ha..korang yang berdekatan tunggu ape lagi , kasi serbu ramai ramai dengan geng korang hari jumaat ni , hehe ..

SELERA IMPIAN

Medan Aneka, Jalan Genting Klang,
Wangsa Maju, 53200, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, 53200 Kuala Lumpur

BUKA: Isnin ~ Juma’at | 11 pagi – 3 petang
( TUTUP: Sabtu, Ahad, dan Hari Cuti Umum )

.

.

.

.

.

KAMBING PERAP INI 100% TANPA BERBAU HAMIS !

INSYALLAH MUDAH DIJUAL !!! 

SEKIRANYA ANDA INGIN MENAMBAH PENDAPATAN EXTRA RM XXX  SEHARI DENGAN PRODUK HOT KAMBING PERAP 100% HOMEMADE INI DIMANA LEBIH 1000 ORANG DAH CUBA RATAH DAN 100% SEMUANYA BERPUASHATI 

Info Lanjut serta TESTEMONIAL BACA SINI 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *