Tips Bagaimana Buat Jualan Pertama Dalam Tempoh 23 Jam Tanpa Perlu Kos Pengiklanan

Bagaimana Buat Jualan Pertama Dalam Tempoh 23 Jam Tanpa Perlu Kos Pengiklanan ?

header_ce_sales

Anda sedang atau nak berniaga atau mahu berjinak jinak dengan perniagaan tapi tak tahu cara menjual yang simple but POWER ?

AMARAN – > Teknik ini bukan spamming yang main taram je inbox orang secara membuta tuli bahkan ada seninya yang tersendiri .

Mungkin antara anda tertanya tanya bagaimana buat jualan pertama dalam tempoh 23 jam tanpa perlu kos Pengiklanan kan ?

Caranya simple dan mudah sahaja namun ramai yang terlepas pandang dan tidak menganggap ianya mampu menghasilkan jualan .

Bahkan saya juga menggunakannya semasa mula mula dahulu berkecimpung dalam perniagaan untuk dapatkan jualan PERTAMA saya

Sebelum tu nak beritahu dalam bidang perniagaan sebenarnya sebelum terhasilnya jualan perlu ada 4 KEY seperti dibawah

Untuk dapatkan atau jana keuntungan melalui pelanggan sebenarnya perlukan sedikit Masa dan kos .

1 – Penting ada database dalam sesebuah perniagaan , ya sangat PENTING

– Contoh database ialah , nama , email , no telefon dan alamat rumah .

– Teknik ini memerlukan sedikit masa dan kos tetapi ada cara lain tanpa kos .

2- Bina kepercayaan/keyakinan daripada pelanggan

3- Testemonial

4 –Meletakkan Iklan

– Contoh iklan di medium Fesbuk , Instagram , youtube dan chanel chanel lain .

– Untuk kaedah yang berbayar boleh cuba medium Fesbuk ads .

The Point is bagaimana nak jana profit daripada pelanggan pertama dalam masa 23 jam tanpa kos pengiklanan ?

Baik , ini rahsia nya ..

 

3 Langkah dapatkan jualan melalui handphone

 

Langkah 1

1 – Boleh dikatakan semua orang ada Handphone dan tak jauh pun untuk mencapainya, setuju tak ?

2 – Tahu kan dalam handphone sendiri ada database dalam contacts ?

3 – Dalam contacts pula ada no keluarga , kawan kawan , kenalan , rakan pejabat dan sedare mare kan ?

4 – Mereka dah sure yakin dan percaya dengan anda sebab mereka dah kenal , dah tahu anda , betul ? sebenarnya kredibiliti anda dah terbina pun dengan mereka , mungkin ini langkah permulaanya .

5 – Anda boleh hantar kepada mereka iklan melalui whatsapp atau sms .

6 – Namun dalam pengiklanan ada seni nya yang tersendiri , boleh dipanggil seni jualan . Bukan main hentam aje .

 

Langkah 2 – Approach cara yang betul bukan spamming

1 – Tak perlu segan dan malu nak approach , kerana mereka juga telah mengenali anda dan ingin lihat anda juga berjaya so dont worry .kalau tak nak lihat anda berjaya itu bukan kawan nama nya kan ? :p

2 – Tidak menghantar mesej yang sama untuk semua orang . lebih kepada personalize , details dan terperinci .

3 – Ayat bukanlah seperti menjual tapi memberitahu dalam bentuk mesej atau minta bantuan .

4 – Mesej perlu personalize ikut kategori , lagi terperinci lagi baik sebab ianya lebih tertumpu dan mereka juga rasa SPECIAL dapat mesej ni .

Kategori bagaimana ? contoh sepeti dibawah

– keluarga
– Sedare mare
– Rakan pejabat
– Rakan sekolah
– Rakan kolej

Bukan seperti contoh iklan dibawah , ianya lebih kepada menjual

Dapatkan sekarang kain import daripada indonesia dengan harga

Diskaun 30 % !

Agak agak anda apa respon anda tiba tiba dapat sms/whatsapp daripada rakan anda seperti ayat diatas ?

konpom krik krik ..

Setiap kategori , mesej nya perlu berbunyi agak berbeza dan bukan sama .

Bila mesej dipersonalize kan ianya nampak lebih mesra dan lebih rapat dan mereka merasa mesej disampaikan kepada mereka sahaja , special kan ?

Dia punya feel rasa macam order nasi goreng special ada Telur . hoho

3 contoh bentuk mesej boleh rujuk dibawah

Mesej kepada keluarga

“Assalamualaikum along , uda ada produk kambing perap ladahitam frozen ni , ada tak kenal member member yang gila daging kambing sedap & senang nak masak kat rumah ? kalau ade kenal beritahu kat uda nanti ye ?

Mesej kepada rakan pejabat

“Assalamualaikum u , I ada produk kambing perap ladahitam frozen ni , ada tak kenal member member u yang suka daging kambing , busy kerja sampai larut malam tak sempat nak dinner ?  kambing perap ni sedap & senang nak masak kat rumah ? kalau ade kenal beritahu ye ?

Mesej kepada rakan rakan sekolah

“Assalamualaikum ushairi , lama tak contact ? masing masing busy kan  , ape cerita sekarang ? hehe , just nak inform , aku ada produk kambing perap ladahitam frozen ni , ada tak kenal member member kau yang gila daging kambing ? kambing perap aku buat ni sedap & senang nak masak kat rumah ? kalau ade kenal beritahu kat aku nanti ye ? Lama tak jumpa .

Nampak tak perbezaan ayat atau mesej yang nak disampaikan ?

( Mereka rasa lebih friendly , mesra dan lebih dekat dan rasa dihargai )

Mesej pun tak nampak macam menjual kepada mereka kan tapi, ikut pengalaman , mereka akan lebih kepada membantu perniagaan kita lagi , tak percaya ? mesti cuba

Sure ada yang reply untuk bantu anda . hoho

 

Langkah 3 – Hantar 1 lagi mesej ( follow up selepas 3-6 jam ) dan perlu ada dateline

1 – Follow up ini motifnya adalah untuk ingatkan mesej pertama tadi

2 – Juga berfungsi untuk call to action ( untuk mereka order )

3 –  Bertujuan untuk beri OFFER yang LOGIK atau Insentif jika ada . sepatutnya wajib ada untuk dapatkan jualan PERTAMA .

Berikan DISKAUN yang bersebab kerana jika beri diskaun sahaja ianya tak nampak personlize dan seolah olah nampak lebih kepada menjual .

” Salam , dapat tak mesej tadi ? KHAS sempena hari Guru ini , Ada diskaun sampai esok , kalau kenal kawan kawan yang nak try , contact me k “

( Mesej diatas adalah sekadar contoh , mesej yang betul perlu di personalize kan juga mengikut kategori seperti dibincangkan sebelum ini )

Apa nak buat lepas tu ?

Ok ,tunggu dan lihat je respon mereka .

Semoga dapat close deal dengan jayanya insyallah .

Saya doakan anda kaya dan berjaya , aminn.

KREDIT = > Irfan Khairi

11174871_930814310272584_7952941722075789855_n

( Ni gambar lama mase berat 84 kg , sekarang dah turun sikit 75 kg , YEAYYY hahaha :p )

 

————————————————————————————-

Nak  tambah tambah pendapatan dengan cuba bisnes kambing perap ni , simple je , no problem tak susah , insyallah mudah dijual ,  PROFIT SHARING pun saya kasi TINGGI 

kalau nak usha story salah seorang rakan niaga saya AKA Cikgu buat duit GELI GELI dengan kambing perap ni , anda boleh KLIK SINI UNTUK BACA


Ikhlas

pic aku

suharin supomo

Founder www.bisneskambingbakar.com

 

2 thoughts on “Tips Bagaimana Buat Jualan Pertama Dalam Tempoh 23 Jam Tanpa Perlu Kos Pengiklanan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *